Proses pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Bandaraya Paris, Hamburg, Budapest, Los Angeles dan Rom merupakan lima calon bagi tuan rumah edisi ini. Namun begitu, Hamburg[lower-alpha 1] dan Budapest[lower-alpha 2] telah menarik diri daripada pembidaan tuan rumah disebabkan oleh bantahan daripada rakyatnya. [5][6] Bandar Rom pula menarik diri pada 21 September 2016 disebabkan kekangan fiskal.[7]

Ekoran daripada itu, Lembaga Eksekutif IOC bermesyuarat di Lausanne untuk membincang tentang proses pembidaan Sukan Olimpik edisi 2024 dan 2028. Pada tahun 2017, pihak IOC mencadangkan secara rasminya pelantikan tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2024 dan 2028 diadakan pada masa yang sama. Cadangan tersebut akhirnya diluluskan semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017.[2] Perbincangan antara IOC dengan suruhanjaya pembidaan Paris dan Los Angeles telah diadakan selepas keputusan tersebut dibuat.[8]

Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk edisi 2028, maka Paris akan menjadi tuan rumah untuk edisi 2024. Kedua-dua keputusan ini telah diluluskan pada Mesyuarat IOC Sesi ke-131.[9]

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik 2024
BandarNegaraUndi
Paris PerancisSebulat Suara

Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Panas 2024 http://www.abc.net.au/news/2017-08-01/paris-set-to... http://gamesbids.com/eng/summer-olympic-bids/2024-... http://www.sportspromedia.com/news/report-ard-and-... http://www.sportspromedia.com/news/wednesdays-dail... http://hungarytoday.hu/news/hungarian-public-telev... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b...